4 Cara Mudah Untuk Berubah

4 Cara Mudah Untuk Berubah Kepada Kebaikan Untuk Pembangunan Diri 

Cara cara ini adalah hasil dari pembacaan dan pengalaman sendiri. Perubahan kepada mengamalkan sesuatu yang baik akan memberi impak yang baik kepada kehidupan kita. 

Kebaikan itu indah, sedap seperti Tart Nyonya. Hanya yang pandai menilai tahu harganya


Bila impak kebaikan berlaku kita akan dapati setiap halangan dalam apa yang kita usahakan akan mudah diharungi. Malah dengan berbuat baik kita akan menarik kebaikan kembali kepada kita. Ini yang di ajar oleh Agama, malah semua agama dan kepercayaan menuntut penganutnya untuk berbuat baik. 

Dalam buku The Secret Law of Attraction karya Rhonda Byrne menyatakan Kebaikan Menarik Kebaikan, itu hukum Alam. Satu buku yang menarik untuk dibaca dan ditelaah. 

JOM KITA TENGOK 5 CARA MUDAH INI.

1. Bangun Awal - Ianya adalah satu yang sangat susah nak dilakukan kecuali kita ada urusan di sebelah pagi, kalau hari cuti mahunya pukul 10 @ 11 baru bangun. Apa kebaikan bangun pagi? cuba kita renungkan hari hari yang kita bangun lewat tu, tidakah kita rasa hari sangat singkat? ya dengan bangun pagi banyak benda kita boleh lakukan dalam sehari, itu saja dah jadi bukti kenapa bangun padi ni bagus untuk kita lebih produktif menuju kebaikan.

Banyak cara untuk bangun tidur, antara suruh orang kejutkan, itulah yang paling berkesan. Tapi ada satu cara lagi paling berkesan dikala tiada sesiapa yang boleh diharapkan untuk bangun pagi.
Setkan alarm dan letakannya di dalam Bilik Air berdekatan. Itu adalah cara paling baik setakat ini. Jangan letak dekat dengan kamar tidur sebab kebiasaan kita akan cuba snoozekan alarm dan akhirnya kita tertidur dan bangun lewat.

2. Mandi Sejurus Bangun dan Mandi dengan Air Sejuk - Ini juga satu benda yang susah nak kita laksanakan, biasanya kita ambil masa yang lama untuk mandi selepas kita bangun. Mungkin disebabkan malas dan airnya yang sejuk. Tinggalkan pemanas air anda, mandi dengan air yang sejuk adalah satu penemuan baru sains dan menjadi amalan orang orang yang hebat di barat sekarang. 
Tengok Kebaikan Mandi dengan air sejuk di video ni. 


3. Meditasi - Ini ulasan yang sangat susah nak di terangkan tapi pengamalan meditasi banyak manfaatnya, apa yang secara peribadi adalah setelah hampir sebulan mengamalkan meditasi 10 ke 20 minit sehari minda semakin fokus dan masalah mudah untuk diselesaikan. Tiada magik atau hikmat tersembunyi, meditasi telah dikaji dan kajian perubatan mereka boleh di akses dan terbuka. 

Untuk menerangkan hal meditasi ni sila rujuk Video ini. 



4. Bersangka Baik - Ini adalah satu amalan yang paling berkuasa! bersangka baik atau positif mampu mengubah apa yang telah berlaku! itulah kehebatan bersangka baik. Contoh, anda tengah memandu kereta dan tiba tiba sebuah kereta meluru masuk dihadapan anda dengan laju dan tiba tiba. Kebiasaan kita akan mula mengeluarkan perkataan yang tak senonoh dan negatif untuk memuaskan hati kita yang tengah marah, dan dengan tidakan itu sepanjang memandu kita akan diselebungi dengan perasaan tidak puas hati dengan kenderaan tadi.

 Disinilah Kuasa hebat Bersangka Baik, terfikirkah anda mungkin kenderaan tadi membawa seorang anak kecil yang tengah diserang asma yang teruk? apakah tindakan anda jika itu adalah situasi yang berlaku? pasti kita akan dengan rela hati membenarkan kenderaan itu pergi dan kita akan mendoakan mereka sempat ke hospital untuk mendapat rawatan. 

Begitu berbeza tindakan kita dengan hanya bersangka baik. Dan disini sebenarnya kita tidak pernah akan tahu jawapan yang benar, itulah indahnya bersangka baik. Hanya perlu bersangka baik untuk mendapat hari yang indah.



4 Cara Mudah Untuk Berubah 

Comments

Popular posts from this blog

Impian

Kita adalah apa yang kita fikirkan