Impian

Perlukah Berimpian? 


Sudah lama aku berhenti untuk memasang impian. Dulu terasa setiap impian jadi kenyataan. Pernah aku cakap dengan kawan kawan yang aku akan bekerja sebagai kakitangan awam dan masa tu aku hanya seorang peniaga burger jalanan.

Ya, Impian berkerja sebagai kakitangan awam tercapai dengan hanya sekali temuduga. Pada hari pertama mendaftar diri sebagai kakitangan awam aku pasang 2 niat, pertama nak berkhidmat di Kota Bharu dan kedua aku nak berhenti kerja dalam 10 tahun berkhidmat.

Impian balik ke Kota Bharu berlaku dalam tahun ke tiga dan berhenti kerja berlaku pada tahun kelapan sebagai penjawat awam.

Semasa berhenti kerja aku rasa semua dah sempurna, keluarga yang bahagia, masa dan wang yang mencukupi sudah berbaloi buat aku. Aku berhenti bercita cita dan mengharapkan apa yang aku ada kekal selamanya.

Malah bagi aku apa yang dah aku kecapi sudah memadai dan aku memilih untuk mengatakan berimpian itu satu kesalahan.

Sehinggalah kerana pengharapan, apa yang aku usahakan menerima rintangan yang besar aku mula gelabah dan tak tentu arah. Aku tetap berusaha, walau dalam susah dan perit melalui saat dari perniagaan yang bagus kepada cabaran perniagaan. Banyak yang berlaku ketika itu, dan aku cuba mahu lupakan.

Aku menanam azam untuk terus berniaga dengan harapan hanya untuk hidup sekadar cukup makan sahaja, tak perlu kaya raya.

Banyak kesilapan dalam aku mengurus perniagaan tapi antara yang aku sedar hari ini adalah aku tak cukup berimpian dengan impian yang besar. impian aku hanya sekadar cukup makan itu dah memadai.

Aku bukan kata inilah sebab utama tapi aku berani jamin inilah sebab pertama aku semakin lemas dengan kehidupan dan perniagaan aku sendiri.

Sekarang, kehidupan aku tidaklah kata berjaya, kalau diikutkan dengan kiraan perniagaan masih seperti cukup makan sahaja, tapi aku mula berimpikan sesuatu yang besar.

Aku impikan aku mampu untuk keluar dari masalah yang membelengu seperti hutang dan keinginan yang terhad. Impian aku juga mahu menolong setiap ahli keluarga dan sahabat yang dalam kesusahan.

Antara Impian Aku Tahun Ini

Impian adalah matlamat yang jelas


Sekarang aku impikan sesuatu yang aku tidak akan buat batasan. Kerana kemustahilan adalah sesuatu yang hanya kita fikirkan. Ketakutan hanyalah sesuatu yang belum pasti tapi kita telah menghukumnya.

Bagaimana nak berlaku? kita hanya orang biasa. kalau itu isunya kita seolah menyatakan ada kelas atau kasta kepada orang orang tertentu. Itu pun hanya apa yang kita rasa dan kita percaya sahaja, sedangkan apa yang berlaku di dunia sekarang sesiapa pun mampu untuk jadi apa yang dia mahukan.

Adakah dengan hanya berimpian kita mampu mencapai apa yang kita impikan? Jawapan ini sangat subjektif, ya dan tidak. Tapi aku tak nak ulas kerana aku sendiri belum terbukti dgn cara ini. Cuma apa yang mampu aku katakan dalam apa yang aku faham, dengan ada nya impian, Hidup semakin positif. Impian seolah booster kepada kebaikan dan kerajinan.

Mulakanlah berimpian, impikanlah sesuatu yang betul betul kita mahukan, Rumah Banglo ada kolam mandi untuk aktiviti riadah bersama keluarga, Ada Bas yand dijadikan Motor homes. Ada Jet Perbadi, dapat beli apa sahaja yang kita inginkan. Impikan semua itu.

Macam tak realistiklah impian tu, macam mimpi di siang hari. Mesti itu yang tengah anda fikirkan, sama juga dengan aku. Tapi luaskan fikiran dan positifkan minda. Ketidak mustahilan hanyalah, saya ulangi HANYALAH batasan yang kita letak sebagai dinding antara kita dan impian kita.

Antara kesilapan kita adalah mengukur hajat doa kita kepada Tuhan dengan kapasiti kudrat kita pada masa kita berdoa.

Sebagai contoh, kita minta doa kepada ALLAH RM50 ribu dalam bulan ini yang berbaki hanya beberapa hari. Sejurus kita aminkan doa itu kita terus terdetik, macamana RM50 ribu yang kita minta tadi boleh kita perolehi. Tindakan kita terus menyatakan seolah kita tidak yakin dengan kuasa ALLAH yang kayanya adalah dengan segala yang ada!

Itulah kesilapan kita, berimpian seperti meminta dengan Maha Kaya, tapi akhirnya kita mengukur permintaan itu dengan kudrat kita sahaja.

Jom berimpian dengan impian yang tiada batas. Kerana kekayaan ALLAH itu tak pernah ada kurang pun jika DIA makbulkan doa atau impian kita. 

Comments

Popular posts from this blog

4 Cara Mudah Untuk Berubah

Kita adalah apa yang kita fikirkan