Kita adalah apa yang kita fikirkan

PERMULAAN BARU KEPADA PERKONGSIAN PERIBADI

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN. 



Pemikiran yang terbuka dan batasnya hanyalah kejahilan, Kita adalah disebabkan apa yang kita fikirkan - Ayah Eliska

Kita Penentu Apa Yang Kita Fikir


Membuka blog ini dengan satu prinsip yang aku tanam beberapa minggu sebelum kelahiran Eliska, ianya berlaku atas aturan alam yang terjadi atas sangkaan aku sebelum ini. Kita adalah apa yang kita fikirkan adalah satu ayat yang sangat tepat. 

Permulaan tahun 2017 adalah satu tahun yang punya cerita yang menarik, kesukaran dan keperitan yang berlaku pada awal tahun ini amat memberi impak yang negatif dalam cerita aku. Ianya bukanlah bermula pada tahun 2017 tapi awal lagi, bila mana aku sudah terfikit tentang keperitan dan kesusahan untuk terus survive dalam perniagaan. Ianya membawa kepada aturan minda yang membentuk siapa aku pada awal tahun 2017. 

Aku bersungut tentang kesusahan nak buat iklan di facebook, aku terus bersungut tentang facebook semakin susah. Setiap hari itu yang aku fikirkan ketika aku cuba mencari jalan keluar kepada perniagaan yang semakin kecil jualannya. Setiap hari aku membaca rungutan kawan kawan pemain facebook ad berkaitan berapa susahnya nak close sale pada masa itu.

Setelah mencuba dan mencuba dengan tanggapan begitu mula lahir satu lagi pendapat Mark Zukerberg dah terlalu laju dengan meninggalkan aku yang tidak cuba menyesuaikan diri dengan kecanggihan yang dilakukan oleh Facebook. Aku mula membazirkan banyak masa ditalian internet untuk belajar ilmu ilmu yang dikatakan baru sehinggakan aku tidak fokus kepada iklanku lagi.

Fokus mempelajari ilmu baru bukanlah negatif cuma aku seolah sesat dalam belajar, aku cedok dari sesiapa saja dan kesilapan aku juga adalah belajar dan tidak menaplikasikan pelajaran tersebut. Ianya menjadi kesia siaan sahaja akhirnya.

Kekusutan dikepala menjadi jadi, isu dan masalah makin bertimbun, tindakan bodoh orang yang paling aku percaya dalam mengendalikan perniagaan di Kota Bharu membuatkan aku lebih kusut dan kepercayaan perniagaan aku akan hancur sungguh jelas dimata ku. Masalah semakin banyak bila aku terpaksa memecat orang kepercayaan, menyebabkan aku terpaksa memikul beban perniagaan dari jauh. Rantaian negatif ini bukanlah habis disitu. Banyak kebodohan dan kejahilan yang berlaku bermula dengan fikiran negatif!

Dah, cukup kita cakap pasal Rantaian Kebodohan dan Negatif ni. 

Sinarnya kembali, rupanya begitu mudah untuk menjadi positif. Ianya bukanlah satu yang pelik dan ianya sangat mudah untuk dilaksanakan. Kita adalah apa yang kita fikirkan! itulah azimat yang aku temui dan aku cari potesinya. 

Potensinya adalah tiada batas! inilah kehebatan memahami dengan jelas kita adalah apa yang kita fikirkan. Apa yang anda fikir sekarang akan menentukan masa depan anda. 

Apa yang bermain dalam fikiran anda, suara ghaib yang berbisik setiap masa itu adalah penentu siapa anda nanti. Suara yang berlirik tanpa mulut, lidah dan kotak suara itulah yang membawa anda kemana didepan masa nanti. 


Jika anda mampu mengawal Suara Keramat itu kearah kebaikan, maka kebaikanlah yang akan berlaku. Suara Keramat amat berkuasa, Ia tidak kenal mana betul dan salah, Ia hanya menurut persangkaan yang dilirikan sahaja. 

Di sessi lain nanti aku akan berkongsi dengan anda bagaimana kita mampu memanipulasikan Suara Keramat ini dengan cara yang mudah dan berkesan.

Terima kasih kerana sudi membaca dan didiklah Suara Keramat anda untuk sentiasa POSITIF.
Dan Fikirkanlah anda mampu untuk menjadi apa yang anda FIKIRKAN.

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN






Comments

Popular posts from this blog

4 Cara Mudah Untuk Berubah

Impian