Musuh Kejayaan

Apakah Musuh bagi Kejayaan? 


Berjaya adalah idaman setiap orang, tak kira siapa meraka. Anak kecil akan rasa berjaya bila apa yang diminta meraka ditunaikan. Mereka minta coklat, dan dapat coklat. Itu adalah kejayaan bagi mereka.

Kredit : www.entrepreneur.com


Ada seorang lelaki dari tempat saya, Pengkalan Chepa dikenali Cek Mat. Seorang yang kurang waras disebabkan tekanan dan juga tabiat dia yang suka menghisab gam. Saya yakin Cek Mat yang kurang waras juga tau erti kejayaan bila setiap hari meminta duit dengan orang ramai dan menyebabkan dia boleh membeli gam untuk memuaskan keperluannya.

Kejayaan adalah satu komoditi yang sangat tinggi nilainya bagi setiap manusia tak kiralah siapa mereka. Sesuatu yang diperolehi dan perlukan usaha untuk memperolehinya dan bila keinginan itu dipenuhi maka itulah kejayaan.

Kejayaan akan membuat seseorang gembira, tersenyum dan berpuas hati. Kejayaan juga mampu menghapuskan setiap penat lelah dan setiap kesusahan yang berlaku. Bayangkan sebelum kejayaan itu hadir, apa yang dilakukan untuk memperolehi kejayaan itu penuh dengan kisah susah dan perit. Tapi setelah berjaya, kita mampu tersenyum dan bergembira dengan kisah susah dan perit dulu.

Cuba bayangkan antara kejayaan yang pernah dikecapi oleh anda. Manis bukan, ada yang rasa nak melompat dan merasakan kalau lompat pada saat gembira tu boleh sampai ke bintang. Haha... Itulah perasaan saya bila kali pertama saya dapat surat perlantikan kerja sebagai penjawat awam dulu. Sukanya seperti senak di perut dan terasa mahu melompat lompat hingga ke bintang.

Tapi itu cerita berkaitan kejayaan yang sudah kita kecapi. Ada satu lagi kejayaan yang amat misteri. Kejayaan atas apa yang kita impikan sekarang!

Sebenarnya tiada beza kejayaan yang telah berlaku dan yang kita nantikan berlaku. Ianya masih menggunakan sistem atau sifir yang sama. Jika kejayaan yang kita pernah rasa datangnya dengan susah dan perit usaha, begitu juga kejayaan yang kita nantikan.

Tapi adakah kita sedar, kejayaan yang kita dambakan ada satu musuh yang sangat menganggu usaha untuk menuju kejayaan. Musuh yang terbukti telah mengalahkan hampir 99% usaha menuju kejayaan.

Musuh yang berjaya ini, bukan! sangat berjaya ini adalah musuh yang amat amat dekat dengan kita, terlampau dekat! musuh yang amat digeruni ini adalah KETAKUTAN!!!

Sedar atau tidak inilah musuh terhebat kejayaan seseorang induvidu. Ketakutan yang datang dari fikiran sendiri. ketakutan yang sebenarnya hanyalah tanggapan awal, bukan pun satu kebenaran. Ianya membesar dan mempengaruhi kita dengan ilusi kita sendiri.

Mengapa kita perlu berjaya? kerana kita mahukan lebih baik untuk kita, untuk keluarga dan orang sekeliling kita. Kejayaan menuntut kita untuk melakukan apa yang kita kurang selesa. Kita dituntut untuk menerangkan sesuatu kepada orang yang tidak dikenali mungkin, kita perlu bangun dan lantang untuk memberi pendapat, mungkin. Kita dituntut untuk buat keputusan yang sukar, mungkin! tapi tuntutan itu dinafikan oleh keraguaan kita yang akhirnya menjadi ketakutan yang menguasai diri.

Disini saya bukanlah kata saya tidak takut, bukan untuk membuktikan hal itu. Tapi kita harus sama sama berfikir kebenaran ini. Mengakui bahawa potensi sebenar kita telah disekat oleh ketakutan terhadap sesuatu yang hanya bermain di minda kita sahaja.

Ketakutan tidak pernah tepat, ianya hanyalah tanggapan awal kita untuk merasakan kita masih selesa di zon selesa kita sahaja. Ketakutan adalah ilusi! kerana saat kita merasa ketakutan itu sebenarnya, perihal itu belum berlaku.

Sebagai contoh takut untuk bangun menyatakan pendapat di mesyuarat di tempat kerja, kita dah bayangkan orang yang mendengar pendapat kita akan memandang serong terhadap kita, mereka akan menilai kita sebagai seorang yang mahukan pangkat, mereka tidak akan terima idea kita. Semua yang kita fikirkan itu hanyalah sangkaan dan bukanya realiti.

Jadi saya kongsikan disini 5 cara bagaimana hendak hilangkan rasa takut yang akan menjadikan kita golongan yang berjaya. Menjadikan kita antara golongan 1% tadi.

1. Bila kita ada sangkaan takut, tarik nafas dalam dalam dan tertawakan diri sendiri. Mengapa tertawa? sebab kita perlu sedar, ianya hanya sangkaan buruk kita yang boleh digelar penakut!

2. Ganti sangkaan buruk tadi dengan visualisasi kebaikan dengan apa tindakan yang ingin kita laksanakan. Bayangkan anda lemparkan idea dan disambut dengan baik bos anda.

3. Sentiasa senyum, kajian mendapati dengan kelakuan senyum kita telah menghantar isyarat kepada fikiran bahawa kita sedang gembira walaupun masa tu takut datang menyinggah.

4. Visualisasikan impian anda!!! ketika takut datang, bayangkan apa yang anda impikan dan fikir, adakah dengan tunduk kepada takut impian kita akan menjadi kenyataan.

5. Meditasi, ini amalan yang baik, banyak kajian sains dari universiti universiti (saya akan buat satu artikel khas berkaitan hal ini nanti) membuktikan, dengan meditasi 10 minit sehari selama 30hari kapasiti otak akan berkembang secara sihat dan positif. Amalkan Meditasi dapat membantu anda berfikiran waras dan gembira.

Juga lihat Video yang saya rakam berkaitan Stress di sini.





Musuh Kejayaan adalah Ketakutan

Comments

Popular posts from this blog

4 Cara Mudah Untuk Berubah

Impian

Kita adalah apa yang kita fikirkan